02 June 2012

THANKS!!

Assalamualaikum

Selamat harijadi
Selamat harijadi
Selamat harijadi Apiz
Selamat Harijadi

Terima kasih sebab sudi nyanyi!!
hihihihii

2/6/199? , hari yang tak pernah apiz lupakan sampai bila-bila. Kerana hari itu juga menjadi detik paling manis buat kedua ibubapa apiz yang menyambut kehadiran putera sulung mereka. Terima Kasih Apiz nak ucapkan kepada ibunda tercinta Puan ida yang bertarung dengan kesakitan demi untuk melahirkan apiz. Abang terhutang budi dengan ibu, kalau tak kerana ibu tak mungkin Abang akan ada harini menyambut kelahiran Abang yang ke-2?. Terima Kasih Sangat-sangat. Tak lupa juga kepada Ayahanda apiz Encik Roslihan yang tak putus-putus berikan secukup kasih sayang beliau dalam menjaga dan mendidik apiz sehingga apiz berjaya masuk ke kolej dan dapat berikan ayah segulung sijil. Walaupun ianya hanyalah sijil tapi Abang tetap bangga sebab impian Abang untuk sambung belaja dalam bidang IT tercapai disebabkan ayah. Terima Kasih Ibu, Terima Kasih Ayah! Sebelum terlupa Apiz nak mintak maaf kat IBU dengan AYAH jika selama apiz bersama kamu berdua, apiz banyak buat silap besar mahupun kecik, maafkan anakmu ini dari hujung rambut hingga kaki dan halalkan segala makan minum anakmu ini. Cuma apa yang apiz nak ibu dengan ayah tahu, Apiz sangat sayangkan kamu berdua. Kamu yang pertama dan terakhir buat apiz selama-lamanya.

Disebabkan harini special bagi aku sendiri so aku ada pekara nak bagitau buat teman yang mengenali diri nie. Hihihi!!! Mungkin pekara nie penting bagi diri apiz sendiri and mungkin jugak tidak so apiz harap korang yang mengenali paham apa yang cuba den nak sampaikan yea. Firstly, apiz nak ucapkan terima kasih kat teman-teman yang tak berenti-renti wish besday apiz kali nie.  Apiz bersyukur sangat  kehadrat ilahi sebab masih memberi peluang kepada apiz untuk terus menikmati dan melihat ciptaan-NYA. Apiz harap dapat menikmatinya sehingga kehari tua. Insyaallah!   Kat sini apiz nak mintak maaf kat semua teman yang  mungkin terasa hati dengan sikap apiz sepanjang pekenalan kita. Atas nama Allah, apiz tak berniat nak bersikap macam tue dengan korang semua. Apiz hanya nak buat yang terbaik dalam perhubungan kita. Mungkin cara yang apiz buat tu terkadang-kala menyinggung perasaan korang. Apiz juga manusia biasa dan takkan lari dari sebarang kesilapan. Mungkin apiz tak mampu nak mintak maaf kat korang semua secara bedepan dan apiz cuma beharap cara ni bekesan untuk korang mengetahui dan menerima permintaan maaf dari hamba allah ini. Kepada HATERS, Apiz maafkan korang semua wahai sahabat. Cuma apiz mintak lepas nie kita tak bedendam satu sama laindan kita mampu jadi sahabat buat selamanya. Insyaallah! semoga allah mendengar permintaan apiz harini. And For your Information, pekara yang apiz nyatakan dalam blog ni bukan hanya sekadar coretan biasa. Demi Allah, apa yang tetulis pada post kalini ikhlas dari hati apiz buat korang semua. Mungkin ini bahan jenaka bagi sesetengah orang tapi INGAT!! kita manusia biasa yang pasti akan menemui ajal tak kira dimana dan bila. Jadi apiz harap dapat sampaikannya sebelum terlambat. 

And Lastly, Terima Kasih sebab sudi membaca dengan sabarnya post yang merepek lagilah panjang ini. Doakan apiz panjang umur dan murah rezeki. Semoga doa kalian semua termakbul oleh Allah. Insyaallah! Semoga harini menjadi permulaan yang baik kepada diri apiz untuk menepuh hari-hari mendatang. Selamat malam semua!!

Assalamualaikum!!!

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

22 March 2012

Inilah Sebuah Kenangan

Assalamualaikum



Gambar Terakhir Besama Mereka!!


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

CORETAN DIATAS HAKMILIK APZXANVIER