22 December 2011

Hang Outz With Them Part 2

Assalamualaikum

Hey buddy??
Ur all semua sehat!!
Apz Harap korang sehat la yea.

So harinie apz nak continue balik story sebelum nie.
Kepada yang belum baca Part 1 boleh klik link nie :


Jadi harinie apz nak story kat korang.
Kemana pulak kitaorang merayau sepanjang 1 haritue.
Okay!!
Lepas je selesai berfotoshoot kat Taman KLCC tue.
Then kitaorang teman si kawan aku Eyra ni pegi Vincci( xsilap aku la).
Katanya nak beli Jam baru.
Maklumla nak pegi jauh kan.
Kat Dungun sana mana ada tempat macam tue-kan..hehe!!
Sementara menunggu dia beli jam tu.
Aku dengan diorang ni berfotoshoot la kejap.haha!!



Dah selesai teman Eyra
 Kitaorang gerak PAVILLION lak.
Tapi ada kejadian yang xdiduga.
Time kitaorang nak pegi sana tuelah hujan mula turun.
Tapi yang bestnya bila tengok si BOB.
Boleh pulak dia belari dari KLCC ke PAVILLIOn tue.
Korang bayangkanlah macamana?
Tegelak2 aku dengan budak nie tengok.
Dah macam apa ntah..ngee!!

Gambar OnTheWay ke Pavillion!!





MukaBasahKuyup

Time kat Pavillion tue sempatlah kitaorang begambar jap.
Kebetulan time kitaorang datang tue ada lak pameran Christmas kat situ.
So apa lagi berfotoshoot lagilah kami.

Jom Tengok!!






Selesai je begambar.
Tiba-tiba si anuar lak kena balik awal.
Coz nak amik mak dia balik keje.
Jadi terpaksalah kitaorang berpecah.
Aku,Amin, Bon dengan Anuar kena pusing balik pegi KLCC.
Yang si Ogy, Eyra dengan Kecik dengan seronoknya tengok wayang.

Tapi time aku nak balik Kuala Lumpur masih hujan.
Disebabkan nak cepat.
Kitaorang tepaksa redah gak la.
Basah kuyup den dibuatnya.
Haihh!!

Akhir cerita..
Aku nak ucapkan Thanx dekat korang.
Sebab sudi spent time walaupun time tu nampak macam rushing sikit.
SERIUS!!
Aku puas dapat meet korang semua.
Hope kita dapat kuar sesama lagi lain kali yea!!

Gambar Yang Bawah nie Lagi Special!!
Hanya ada dalam blog nie jea!!




TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

Yang Mana 1 Yeah!!

Assalamualaikum

Simple Post.
Korang Rasa aku patut amik yang mana?
Buntu Giler nie!!
Grrrr!!!



NIKON D3100


CANON EOS1100D


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

19 December 2011

Hang Outz With Them Part 1

Assalamualaikum

Terasa lama tak update blog nie.
Sekarang nie pukul 3.00.
Waktu mcmnie memang best nak update post kali ni.
Banyak sikit ilham muncul.ngee!!!

Post kali SPECIAL sikit!!
Nak tau kenapa ianya tersangatlah Special!!
Jom baca Kisah Apzxanvier kali nie!!

Setelah sekian lama merancang benda nie.
Akhirnya barulah kitaorang jumpa kata putusnya.
So 13/12/2011 menjadi detik paling bermakna.
Kami ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi.
Sebelum mereka (anuar , kecik dan eyra) berangkat untuk meneruskan pengajian mereka dalam kos "DIPLOMA IN PROGRAMMING"

Jadi apa yang terjadi pada tarikh tersebut.
Jom baca lagi!!


Kitaorang begerak dari seremban pukul 11.30. 
Terlambat sikit dari waktu sebenar pukul 10.00. 
But Alhamdulillah kami selamat sampai kat Tol Sungai Besi pukul 12.10. 
So kitaorang singgah jap Petronas Sungai Besi sebab nak bagi si Anuar, Ogy, Eyra & Kecik sampai dulu.
 Time kat Petronas tu sempat jap amik pic tapi tak banyak macam kejap lagi korang tengok!! Hihihihi!!!

Tengok tue.
Bukti PETRONAS kat blakang aku.

Then kitaorang pun mula begerak coz budak-budak nie kata dah Ontheway.
Mesti korang nak taukan? kat mana kitaorang meet?
Tengok bawah lagi.

KLCC la

 Time sampai kat KLCC nie.
Muncul pulak 1 masalah.
Nak tau apa dia? Dah tentunya masalah PARKING. 
Kitaorang mencari parking 15 minit. Lastly jumpa gak, Nasib baik tak jauh dari KLCC. 
Time kitaorang sampai at Parking tu pun dah pukul 12.34.
Then kitaorang pun bejalan g KLCC. Telupa lak nak bagitau. 
Aku datang dengan 2 orang lagi membe aku. 
Amin dengan Bob. 
Si Amin tula Driver kitaorang. 
Yang si Bob tu jadi peneman kitaorang jea.Hihi!!

Okay, Bebalik pada cerita tadi. 
Then aku jumpa diorang kat KLCC. 
Mula-mula aku jumpa eyra dengan kecik kat food court KLCC. 
Then Kitaorang makan tengahari jap, time tula ogy dengan anuar sampai. 
Pastu kitaorang bersiar-siar jap at Taman KLCC tue.
 Time ni la banyak pic yang dapat kitaorang snap.

JOM TENGOK BAWAH LAGII...













To be Continue......


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

12 December 2011

MukaBuku Menemukan Kami

Assalamualaikum

Okay!!
Post kali ni aku nak story pasal sorang budak ni.
 Aku pun dah lupa bila kitaorang start kenal. 
Tapi yang pasti kitaorang masih baru lagi la.

SO MACAMANA KENAL DENGAN DIA?

Kita bekenalan hanya dalam laman muka buku 
Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu
Hahaha!!

So jawapannya dari Fesbuk la kitaorang start kenal. Dan kitaorang mula rapat bila kitaorang kerap berbalas COMMENT and LIKE dalam fesbuk. Mula-mula tu ada la berprasangka buruk. Biasalah First time kan. Actually aku saja2 je. Nak tengok budak ni macamana? Mana tahu bajet lebih ke or rasa diri tu HOT ke. Kita tak taukan. Then bila dia reply dengan cara yang baik so aku rasa dia ni okey gak. Tak seperti yang aku sangka tadi la. So start dari situ aku kerap masuk wall dia untuk lebih mengenali pasal diri dia. 

Then lama kelamaan kitaorang makin rapat. Benda yang buat aku suka kat dia ni sebab otak dia gila-gila sikit. Orang kata senang masuk la. Dia tak terlalu emosi sangat. Senang citer memang best gila la dapat kenal dengan dia nie. Sehinggakan semalam ada komen dia yang sangat sweet( bagi aku la) dia bagi kat aku. Ni komen dia semalam...


Nilah ayat First Time dia yang sangat sweet penah dia bagi kat aku. 
Amacam? Kau ada, Konfem Takdekan!! Hahaha!!
Sebenarnya komen ni terjadi sebab..
(Baca bawah nie)



 Apapun sejujurnya, memang best aku dapat berkawan dengan orang yang gila macam kau and aku harap kita akan terus berkawan sampai bila-bila. Thanks sebab sudi kawan dengan aku.

NEW FRIEND
ANIS RAZAK!!


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

09 December 2011

GUDLUCK FRIEND

Assalamualaikum

Firstly aku nak ucapkan Tahniah!! kepada rakan-rakan kolej aku.
Sebab korang tak lama lagi nak masuk belaja.
Dalam kos yang semakin mencabar dari dulu.

"DIPLOMA PENGATURCARAAN"

Apapun aku harap korang boleh survive 
Dalam 5 semester nanti.
 Sebab korang dah tak boleh main-main macam dulu.
Cabaran lebih mencabar dalam kos kali nie.
Inilah masanya korang buktikan apa yang korang idamkan time kat kolej dulu.

Serius aku cakap!!

Aku bangga dapat kawan dengan korang.

Korang semakin jauh melangkah.
Dan semakin dekat dengan sebuah impian.
Kadangkala teringin jugak aku nak jadi "student" balik.
Sebab kehidupan student lebih best dari kehidupan sebagai pekerja.

Tapi apakan daya.
Belum rezeki aku lagi nak jadi macam korang.
Mungkin pengalaman kerja ni dapat bantu aku nanti.
Insyaallah!!
Bak kata orang tua2 la.

Tuah ayam nampak kat kaki, 
Tuah manusia siapa tahukan


And lastly,
Aku doakan korang berjaya dalam kos kali nie.
Dan aku harap korang cepat graduate on the time.
Agar  korang pulak boleh ajar aku programming.
Dan yang penting, 
Jaga diri korang kat tempat yang kita belum tahu asal usulnya.

GOODLUCK FRIEND!!!

YANG MENGINGATI
APZXANVIER


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

22 November 2011

Tahniah HM!!

Assalamualaikum

Fuhhh...Akhirnya!!
Debaran rakyat Malaysia kini terjawab. 

Tahniah!!
 Kepada Skuad HARIMAU MUDA Malaysia kerana berjaya sekali lagi mempertahankan pingat emas.

So jom tengok detik kemenangan si Harimau Kebanggaan Kita..





Go Tiger Go!! 
 Auuummmm!!!!


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

19 November 2011

Proud With You Friends

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update blog ni.
Dah bersawang rasanya.
So disebabkan aku pun tengah free sekarang ni.
Elok rasanya aku update sikit.

OK!!
Tengok "TITLE" kat atas tu.
Korang rasa apa yang aku nak kongsi untuk post kali ni.
*cuba teka*

*lambat*
Actually post kali ni aku nak story pasal..
Salah sorang atlet olahraga yang juga merupakan kawan aku time sekolah dulu.
Dia ni dianggap Usain Bolt Malaysia.
Sebab..

Kaki dia yang panjang dan gaya dia macam Usain Bolt kot.
Haha!! *rasanya la

Okay!!
Kita sambung balik cerita.
Mula-mula aku tak pecaya gak. 
Dia nie masuk sea games.
tapi
 14 November 2011
yang lalu.
Dia (Kannathasan) dan 3 lagi atlet olahraga telah memenangi emas dalam acara 4x400 meter.
dan telah mengetepikan saingan tuan rumah Indonesia serta Thailand.
Kalau nak gambaran lebih jelas jom tengok video yang aku sediakan kat bawah nie..

Jom Tengok video ni.



*Kannathasan merupakan pelari pertama dan berada di lorong yang ke-4..


Btw..
Thanks a lot for Malaysia Hero.
You bring back Gold and make all Malaysia fans proud with you.
Thanks Friend~~

Kannathasan A/L Subramaniam


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

12 November 2011

Hanya Luahan



TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

07 November 2011

INTERVIEW LAGI

Assalamualaikum

Tengah bosan
So terasa nak update lagi.
Post kali ni pasal interview aku petang tadi.
Ni interview yang ketiga lepas


  • K-CITY FAMILY KARAOKE
  • IT AVENUE

Okey!!
Ceritanya macam ni.
Semalam aku dapat call dari Seorang gadis
dia cakap..

si gadis : Hello, boleh becakap dengan Muhammad Hafiz.

Aku       : Ye saya becakap (padahal time tu aku baru bangun tido weyh, nasib baik suara aku boleh cover lagi.HAHAH)

Si gadis : Esok datang interview pukul 3 petang kat Ti-zed Jusco.

Aku       : Okey..Terima Kasih

So
Petang tadi aku datanglah interview
Lepastu ada akak ni ajak masuk bilik kecik.
(Jangan salah paham, dia nak Interview aku la ngok) 

Pastu bermulalah sesi Interview...

K : Sebelum ni keje mana?

Apz : Sebelum ni keje K-city  kat Terminal 2.

K : Baru berenti ke?Apsal berenti?

Apz : A'ah. Sebenarnya mcm ni kak. Kcity ni ada kena mengena dengan arak. So family tak galakkan saya terus kekal kat sana (padahal ni ayat plan dari rumah sebab gerenti dia tanya punya)

K : Ada mintak mana-mana tak selain sini

Apz : Ada kak. Tapi belum panggil lagi. Saya ada jugak apply kerajaan

K : SPA ke??

Apz : Eh takla. dari laman web syarikat tu sendiri.

K : Ummu tu sedara kamu ke?

Apz : Takla. Kawan jea

K : Gaji kat sana berapa?

Apz : Rm800+ je kak.

K : So cuti mcmana kat sana?

Apz : Isnin sampai Khamis. Ahh.. Kak kalo boleh saya nak mintak cuti hari khamis coz sebelum ni pun memang saya mintak khamis pasal hal keluarga (sekali lagi ayat pancing padahal aku nak jumpa membe aku kat KL hujung bulan nie)

K : Ouh yeke. Nanti saya check dulu. Lagipun kat sini boleh cuti dari Isnin sampai Jumaat. So tak kesah ke kalau kena marah dengan customer

Apz : Xpe kak. Lagipun dah biasa kena marah dengan customer. LAgipun saya kat sana pun waiter. So selalu sangat kena tambah kalau customer mabuk. Lagi teruk kena.

K :  Kalau mcm tu dalam 2-3 hari lagi saya call, pastikan hp kamu jangan off oke!!

Apz : ok kak. Terima kasih.

Sebenarnya..
Aku dapat tau pasal jawatan kosong ni dari si dia.
SIAPA??.
Mesti korang nak taukan.
Jom tengok kat bawah nie





Terima Kasih Ummu sebab sudi tolong aku.
Lagipun aku memang perlukan duit sekarang nie.
Sebab apa??

First
Aku nak meet membe lama aku kat KL
Second
Aku nak beli SLR hasil duit keje aku sendiri.


- ApzXanvier -

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

KISAH BULAN 11

Assalamualaikum..
Lama rasanya aku tak bagi salamkan.
HAHAHA!!!

Okey kita story pasal post kali nie!!
Post ni about apa yang jadi kat aku dalam bulan nie!!!

PERTAMA
Aku berenti keje kat K-city. Gara-gara sikap manager dengan Asistant Manager yang macam HARAM . Habis budak-budak melayu ni kena tindas. Meh aku story sikit sikap diorang nie. Tengah semua staff sibuk bekerja, manager aku sibuk main fesbuk takpun main game. Bila ada masalah pulak, sibuk lari. Langsung taknak jumpa customer. Last-last waiter yang kena maki. Bila dia mabuk habis semua staff dia salahkan, padahal masalah tu kecik je. Sama je dengan Assistant Manager dia. Langsung takde guna. Asyik mengatal dengan staff pompuan. Kalau ada masalah kau lari masuk office. Layak ke kau jadi AM kalau dah macam tu perangai kau. Selalu sangat lari dari tanggungjawab. Korang nilailah sendiri. LAYAK KE?? Itu pasallah aku amik keputusan berenti, bukan disebabkan tugas aku sebagai waiter tapi disebabkan pihak pengurusan yang berat sebelah dalam menguruskan masalah staff.

KEDUA
Minggu lepas aku keje kedai computer.
Tapi sayangnya tak betahan lama.
Sehari je aku pegi.
(ada sebab)

- apzxanvier -

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

05 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Wahh..
Tak sangka esok raya.
Takbir pun dah mula kedengaran sana sini.

So rasanya belum telambat lagi 
Aku nak ucapkan.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"

Kepada semua yang beragama islam.
Dan tak lupa.
Kepada semua sahabat yang mengenali diri ini.

Hope raya kali ni membawa makna yang besar kepada kita semua..
Insyaallah....

-apzxanvier-

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

03 November 2011

LOVE YOU MUM!!


Berat hati aku nak biarkan dia pergi.
Macam-macam perasaan yang membelenggu aku sekarang.
Inilah kali pertama dia terpaksa meninggalkan aku sekeluarga.

Itulah ibuku HAMIDAH BINTI HASHIM.
Yang juga merupakan JANTUNG HATIKU SEPANJANG HAYAT.
Actually harini mak aku nak balik kampung. 
Sambut Raya Haji dengan Opah aku kat kampung.
Dah 4 tahun mak aku tak jenguk tempat asalnya kat BERUAS tu.

Lagipun inilah masa yang sesuai mak aku berkumpul dengan adik beradik yang lain.
Kalau tak sibuk jaga budak kat rumah ni.
Sekurangnya adalah peluang dia berehat sambil makan angin kan..hehe..

Apapun aku berdoa dan berharap agar ibuku selamat sampai ke destinasi..
Ya allah kau lindungilah mak aku dari sebarang kecelakaan dan permudahkan segala urusannya..AMINN..

yang tulus menyayangi
♥♥♥
apzxanvier

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

31 October 2011

TERIMA KASIH!!


Firstly..
Terima Kasih bagi aku peluang menapak di sini.
Terima Kasih juga sebab bagi aku peluang merasai hidup sebagai seorang yang bekerjaya..
dan
Terima Kasih juga atas tunjuk ajar selama ni..

Kerana...
Disinilah aku belajar cara melayan karenah manusia 
dan 
Disini jugaklah aku dapat berjumpa teman baru.

Banyak pengalaman manis yang aku dapat selama ada kat sini..
Terima Kasih sekali lagi sebab bagi segala yang tak pernah aku rasa sebelum nie..

TERIMA KASIH K-CITY FAMILY KARAOKE

SELAMAT TINGGAL....


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

26 October 2011

WE ALL REDZ

Dah 3 hari belalu.
Tapi masih ada lagi orang bercakap mengenainya..

PASAL APA ??

Alaa..
Pasal Manchester United kalah dengan Manchester City.
Baru kena belasah 1-6 dah ramai kutuk.
Padahal korang punya team pun belum pegang satu trofi sejak beberapa taun nie..
ARSENAL, CHELSEA, LIVERPOOL, CITY ada korang tengok pegang trofi..

Takdekan..
So duduk diam dan tengok sampai habis musim ni
Club mana layak pegang EPL TROFI.
Orait..

Aku sempat copy paste manusia yang suka drop aku pasal Match haritue







Tak lupa juga yang still support United walaupun tewas teruk..







I BELIEVE UNITED WILL WIN AGAIN..



TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

17 October 2011

MEDIA-CRAZIE LAST PROJECT


" PROJECT ONE MALAYSIA"

Nampak macam gempakkan!! Sebenarnya TAKPUN. Nilah hasil keje seorang "Student" kalau buat keje last minutes . Project last ni-pun membe aku yang buat tu pasal nampak kabut semacam je. But aku still nak ucapkan terima kasih kat Teamate aku ZAIDIE dan AMER sebab kita berjaya buat habis baik time presentation tu tapi malang tetap terus berlaku bila haritu group aku pulak jadi mangsa pertama dalam undian "WHO FIRST". Kalau nak tau dari 7 group yang bertanding, group aku yang first sekali kena present. So korang bayangkanlah?? Dengan terkejutnya, Tak standby lagi, terus naik stage pastu present, padahal dalam otak KOSONG ni. Hasilnya. korang tengok sendirilah video ni. Mesti akan nampak situasi Kelam-kabut tue beserta kegugupan aku yang terlampau ketara gila jelasnya. So moral of story.....


*JANGAN BUAT KEJE LAST MINUTES PADAHNYA PIKIR SENDIRI LA..!!


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

09 October 2011

9.10.11

wahhh~~~
Unik betul tarikh harini..
Mana taknya.
Buka je fesbuk ramai sibuk sembang pasal tarikh ni..
Alamatnya ramailah lepas ni buat RELATIONSHIP" kan..hahaha!!!APTB

Actually aku bukan nak story pasal tu tapi nak berkongsi apa yang jadi kat aku tadi..
Okeylah!! Aku story sikitla apa jadi kat aku harini.
Sebenarnya tadi aku hampir-HAMPIR nak bergaduh beb!!

SEBAB APA???

Sebabnya aku tak boleh nak ikut arahan SUPERVISOR!!!
Mesti korang fikir,

MEMANG SALAH KAU PUN, SAPA SURUH KAU TAK IKUT ARAHAN!!

MAAF ANDA SILAP!!
 
Aku boleh ikut arahan orang sebenarnya tapi kadangkala orang cuba nak gunakan aku. Contohnya macam supervisor tak guna aku ni. Mentang-mentang aku diam. Dia ingat boleh nak GAME aku. Sorry la brader. Ini APIZ tau. Kau pun Supervisor percubaan jela. Gaji pun sama. Jangan nak gila kuasa laa... Dalam memang lu BESAR. LUAR lu kecik jugak maa. Tapi serious aku cakap, sikit lagi tadi aku nak bertumbuk dengan Supervisor aku ni. Tapi disebabkan aku ni masih waras. So aku mengalahlah. Kalo tak dah lama aku dengan dia terbaring kat hospital sekarang ni beb. Takpun dekat balai. Harini pulak aku kena mengadap manager, bincang pasal benda ni. Menyusahkan betul..Dah kena datang awal keje..


APTB


P/S : LU DENGAR BAIK-BAIK WAHAI ANJING. NI APIZ TAU. AKU AKAN PASTIKAN KAU KELUAR DARI SITU  MACAM ANJING JUGAK AW!!! LU TUNGGU JE!!!


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

19 September 2011

CONFUSE


Pening..Pening dan Pening!!
HAIHH!!!!
Mesti korang nak tau apa masalah aku kali ni..
Okay..aku story sikit..

Sebenarnya tak lama lagi gaji aku kuar..
So aku dah mula rancang nak beli gadget pertama aku..
Tapi masalahnya..
Aku xtaw yang mana 1 patut aku beli.

Coz gadget kat atas tu dari dulu lagi aku ngidam..
Cuma xtaw yang mana 1 lagi best.
Kalo korangkan..

YANG MANA 1 KORANG AMIK DULU????

"SAMSUNG GALAXY TAB" Kaaaa....
atau
 " CAMERA SLR" Kaaaa....


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

17 September 2011

KERJAYA PERTAMA AKU

Dalam xsedar rupanya dah sebulan aku bekerja. 
Tak sangka cepat sungguh masa berlalu. 
So jomlah baca coretan aku kali ni.
Actually kerja aku ni sebenarnya lebih kepada "serve" customer. 
Tak kesah la customer tu mabuk ke x.

Mesti korang ingat aku keje Pub kan.HAHA!!! 
Ternyata "MEMANG TAKLA" jawapannya. 
Cuma tempat ni lebih kurang macam PUB sebab ada jual minuman keras tapi sebenarnya Pusat Karaoke Family kat Seremban. Aku pulak dah tentunya merangkap "WAITER"

So keje aku plak "SERVE" customer.
Yang best kat sini bila serve kitaorang bagus, adalah customer yang hulurkan duit tips. 
Cuma risikonya bila kena berdepan dengan customer mabuk la. Yang tu masalah sikit.
Tapi alhamdullilah la, aku belum jumpa lagi customer yang mabuk tahap dewa lagi.
Walaupun baru sebulan sekurangnya aku dapat jugak rasa pengalaman pertama tu dan ianya sangatlah BEST!!!

Aku kerja at tempat macamni pun sebenarnya  nak mengurangkan sedikit beban orang tua aku dan satu lagi nak penuhi impian aku memiliki sesuatu hasil titik peluh aku sendiri. 
Aku yakin korang pun nak buat macamni jugak. 
Sampai bilakan kita nak berharap hasil duit ibuayah. 
Lagipun ini bukanlah kerja yang aku harapkan ianya cuma sekadar mencari pengalaman sebab aku pun tengah mencari kerja yang lebih terjamin dan sedikit sebanyak dapat mengubah kehidupan keluarga aku. 

Insyaallah!! 

So, jom tengok gambar-gambar yang sempat aku amik pulak!!!









TERIMA QASIH!!!


TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

CORETAN DIATAS HAKMILIK APZXANVIER