07 November 2011

INTERVIEW LAGI

Assalamualaikum

Tengah bosan
So terasa nak update lagi.
Post kali ni pasal interview aku petang tadi.
Ni interview yang ketiga lepas


  • K-CITY FAMILY KARAOKE
  • IT AVENUE

Okey!!
Ceritanya macam ni.
Semalam aku dapat call dari Seorang gadis
dia cakap..

si gadis : Hello, boleh becakap dengan Muhammad Hafiz.

Aku       : Ye saya becakap (padahal time tu aku baru bangun tido weyh, nasib baik suara aku boleh cover lagi.HAHAH)

Si gadis : Esok datang interview pukul 3 petang kat Ti-zed Jusco.

Aku       : Okey..Terima Kasih

So
Petang tadi aku datanglah interview
Lepastu ada akak ni ajak masuk bilik kecik.
(Jangan salah paham, dia nak Interview aku la ngok) 

Pastu bermulalah sesi Interview...

K : Sebelum ni keje mana?

Apz : Sebelum ni keje K-city  kat Terminal 2.

K : Baru berenti ke?Apsal berenti?

Apz : A'ah. Sebenarnya mcm ni kak. Kcity ni ada kena mengena dengan arak. So family tak galakkan saya terus kekal kat sana (padahal ni ayat plan dari rumah sebab gerenti dia tanya punya)

K : Ada mintak mana-mana tak selain sini

Apz : Ada kak. Tapi belum panggil lagi. Saya ada jugak apply kerajaan

K : SPA ke??

Apz : Eh takla. dari laman web syarikat tu sendiri.

K : Ummu tu sedara kamu ke?

Apz : Takla. Kawan jea

K : Gaji kat sana berapa?

Apz : Rm800+ je kak.

K : So cuti mcmana kat sana?

Apz : Isnin sampai Khamis. Ahh.. Kak kalo boleh saya nak mintak cuti hari khamis coz sebelum ni pun memang saya mintak khamis pasal hal keluarga (sekali lagi ayat pancing padahal aku nak jumpa membe aku kat KL hujung bulan nie)

K : Ouh yeke. Nanti saya check dulu. Lagipun kat sini boleh cuti dari Isnin sampai Jumaat. So tak kesah ke kalau kena marah dengan customer

Apz : Xpe kak. Lagipun dah biasa kena marah dengan customer. LAgipun saya kat sana pun waiter. So selalu sangat kena tambah kalau customer mabuk. Lagi teruk kena.

K :  Kalau mcm tu dalam 2-3 hari lagi saya call, pastikan hp kamu jangan off oke!!

Apz : ok kak. Terima kasih.

Sebenarnya..
Aku dapat tau pasal jawatan kosong ni dari si dia.
SIAPA??.
Mesti korang nak taukan.
Jom tengok kat bawah nie





Terima Kasih Ummu sebab sudi tolong aku.
Lagipun aku memang perlukan duit sekarang nie.
Sebab apa??

First
Aku nak meet membe lama aku kat KL
Second
Aku nak beli SLR hasil duit keje aku sendiri.


- ApzXanvier -

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA CORETAN APZXANVIER

CORETAN DIATAS HAKMILIK APZXANVIER